Info: Top 20 Manusia Pengubah Dunia Menerusi Internet

Boleh ke korang hidup tanpa internet? Mesti tak boleh kan. Zaman sekarang ni dah zaman IT la bro. Tipu la kalau ade yang kate boleh je hidup tanpa guna internet. Tapi korang tau ke individu yang terlibat dibelakang tabir internet ni? Moh kite tengok yer :)


Vint Cerf and Bob Kahn
Vint Cerf dan Bob Kahn lebih dikenali sebagai “the fathers of the Internet”. Ciptaan mereka adalah Transmission Control Protocol (TCP) dan Internet Protocol (IP), iaitu asas kepada komunikasi dalam komputer di internet.

 Tim Berners-Lee
Tim Berners-Lee ialah pencipta rasmi World Wide Web (www) pada Mac 1989.

 Ray Tomlinson
Ray Tomlinson adalah seorang programmer yang berjaya mencipta sistem emel pertama pada 1971. Merupakan sistem pertama yang membolehkan user menghantar emel kepada user yang lain melalui host yang berbeza yang dihubungkan melalui ARPANET. Sebelumnya, emel hanya boleh dihantar melalui komputer yang sama sahaja.

 Larry Page and Sergey Brin
Larry Page dan Sergey Brin adalah kawan baik yang merupakan pengasas bersama Google. Larry Page, Sergey Brin, dan Eric Schmidt telah bersetuju untuk bekerja bersama-sama di Google sehinggalah tahun 2024.

Jerry Yang and David Filo
Jerry Yang dan David Filo adalah pengasas bersama Yahoo! Merupakan graduan Kejuruteraan Elektrik di Stanford University ketika mereka mencipta laman web yang dinamakan “David and Jerry’s Guide to the World Wide Web”. Pada April 1994, “Jerry’s Guide to the World Wide Web” telah dinamakan kepada “Yahoo!”. Domain yahoo.com telah dicipta pada 18 Januari 1995.

Bill Gates
Bill Gates ialah CEO di syarikat Microsoft iaitu syarikat perisian yang diasaskan bersama Paul Allen. Merupakan orang yang disenaraikan sebagai manusia terkaya didunia berturut-turut.

 Steve Jobs
Steven Jobs ialah pengasas bersama dan juga CEO syarikat Apple Inc. Pemababitannya dalam dunia teknologi telah menaikkan industri teknologi zaman sekarang. Kematiannya memberikan impak yang besar kepada dunia teknologi sekiranya tiada yang mampu menggantikannya.

 Mark Zuckerberg
Mark Zuckerberg lebih dikenali sebagai pencipta laman sosial Facebook, merupakan CEO dan pengarah di Facebook. Pada 2010, Zuckerberg diiktiraf oleh Majalah Time, Person of the Year. Pada 2011, kekayaannya dianggarkan bernilai USD13.5 billion.

 Jack Dorsey
Jack Dorsey lebih dikenali sebagai pengasas Twitter.

 Chad Hurley, Steve Chen, and Jawed Karim
Laman perkongsian video paling popular di internet iaitu YouTube telah diasakan oleh Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim, yang dahulunye merukana pekerja di  PayPal.

Jimmy Wales
Jimmy Wales ialah pengasas bersama Wikipedia. Pada tahun 2001, beliau bersama-sama Larry Sanger telah melancarkan Wikipedia, yang merupakan sumber ensiklopedia terbuka kepada dunia.

 Julian Assange
Julian Assange merupakan ketua editor WikiLeaks, laman kontroversi yang boleh menjatuhkan sesiapa sahaja termasuklah kerajaan. Seorang penggodam ketika muda sebelum menjadi seorang programmer komputer.

Pierre Omidyar
Pierre Omidyar adalah pengasas dan CEO laman jualbeli eBay.

 Jeff Bezos
Jeff Bezos merupakan pengasas dan CEO di Amazon.com. Merupakan graduan daripada University of Princeton. Pernah bekerja sebagai penganalisis kewangan di D. E. Shaw & Co. sebelum mengasaskan Amazon pada 1994.

 Marc Andreessen
Marc Andreessen dikenali sebagai pengasas bersama Mosaic, pelayar web pertama dan juga pengasas bersama Netscape Communications Corporation.

 Matthew Mullenweg
Matthew Mullenweg adalah pengasas perisian laman WordPress.

 Shawn Fanning
Shawn Fanning bersama pakciknya John Fanning, dan Sean Parker adalah pengasas popular Napster, salah satu platform peer-to-peer (“P2P”) yang popular sekitar tahun 1998.

 Bram Cohen
Bram Cohen ialah pengasas peer-to-peer (P2P) BitTorrent protocol, yang juga merupakan program perkongsian fail yang pertama yang menggunakan protocol BitTorrent.

 Robert Tappan Morris
Robert Tappan Morris popular dengan ciptaannya iaitu Morris Worm pada 1988, merupakan cacing komputer pertama di Internet, dan telah difailkan dibawah Computer Fraud and Abuse Act.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My Photo
DUNHILL = Dunia Umpama Neraka, Hidup Ibarat Layang Layang. Segala kandungan blog ini adalah hak milik dan hasil nurkilan Man sendiri. Segala sumber lain akan dinyatakan sebaliknya. TQ :)
Tengok je ke? :)