Untitled

Kepada kawan-kawan aku 3BDD..

Ni first time aku share koleksi final paper kat blog aku ni..
Selame ni aku share kat Facebook aku je
Tapi takpe la aku nak cube tukar angin pulak kali ni
Lepas ni aku akan share apa saja kat sini je..:-)

Aku dapat semua ni dari kawan aku..
Tak perlu la kot nak mention nama die kat sini
Nanti kembang pulak hidung dia tu..kekeke

Ni link download untuk file tu..
Korang leh download kat sini..

~~Thanks to Hafiz Naser~~

leed-study-guide 

Study week (minggu study) dah pun tiba..
Tapi ape yang dah aku buat minggu ni??
Belajar?? Mobster?? dating???
Oh tidakk...
Awek jauh mane leh dating..hehe

Kepada kawan-kawan aku yang sedang study sekarang ni,
Aku doakan moga kalian semua success selalu..
Study pun agak-agak la yer..
Jangan sampai jadi macam ni pulak..:-)

Headache_1502_18875644_0_0_4000806_300

Ape pun yang berlaku, masa tetap takkan tunggu kita semua

time-running-out

So, dah takde masa untuk kita lepak-lepak ni..
Moh la kite same-same stadi..

test

-peace-

wlw 

Ok..
Kali ni nak post pasal software pulak. Software nak tulis blog lagi spesel daripada Microsoft..
Microsoft?? Ape yang bestnye pasal Microsoft ni?? Ada lagi ke barang best dari Microsoft??
Sabar yer tuan-puan. Saya pun tahu macam mana perasaan korang pada Microsoft ni. Tapi ni barang baik dari Microsoft untuk blogger macam aku ni..kekekeke
Menurut Microsoft, Windows Live Writer ni membolehkan anda menulis blog dalam suasana WYSIWYG (What You See Is What You Get). Ini bermakna, apa yang anda tulis pada Windows Live Writer, macam tu lah yang akan keluar pada blog anda.

Nak dapatkan software ni, terus ke laman web Microsoft yer..:-)

 

dfgdfg

i'm backk...
dah lama tak update blog aku ni..sori ye kawan2..hehe
aku sibuk sangat 2 3 hari ni kene siapkan banyak assignment dengan field projek aku..tp sekarang ni dh setel dah. sekarang cuma tunggu final exam je sambil aku duk layan game kat Facebook..hehe

 Aku cuba search pasal Yahoo Messenger yang terbaru kat page Uncle Google, tetibe pulak aku jumpa artikel macam mana kite boleh buka 2 Yahoo Messenger dalam 1 PC. Aku pun try jugak la sebab nampak macam hebat je dapat guna 2 akaun dalam satu masa. Aku dah lame tau pasal hal ni tapi tak pernah menjadi aku buat sebelum ni. So, bila dah jadi, rasa macam bangga la pulak..:-)
Camne nak buat ek?? Korang tengok la video ni.. Aku buat untuk YM aku pun lepas aku tengok video ni gak.. Enjoy :-)

Sebelum ni aku asyik post pasal full album je, kali ni aku nk post pasal software pulak. Biasanya wallpaper yang korang gunakan adalah tetap dan tidak berubah. Walaupun wujud software seperti wallpaper changer, tetapi ia bukanlah software yang percuma dan ada had masa untuk menggunakannya.

Jadi, John's Background Switcher adalah penyelesaiannya. Aku gembira sejak aku gunakan software ni, aku dapat tengok balik gambar-gambar lama yang ada dalam hard disk aku ni. Selain itu, aku jugak boleh tengok gambar dalam facebook kawan-kawan aku..:-)



Ok.. Kita teruskan dengan ciri-ciri yang ada pada software ni. Apa yang istimewanya software ni?? Menurut kata John, korang boleh memilih fail-fail atau folder-folder tertentu yang akan dipaparkan sebagai wallpaper. Selang masa untuk wallpaper bertukar juga boleh ditetapkan oleh korang sendiri.



Korang juga boleh menentukan bagaimana gambar-gambar korang keluar dengan menggunakan mod-mod yang sedia ada. Contohnya, sekarang ni aku gunakan mod 'Postcard Pile' yang boleh memaparkan banyak gambar pada desktop..:-)



Dapatkan John's Background Switcher di sini atau terus ke laman web John.

P/S : Terima kasih pada Akram & Afiq kerana sudi jadi model dalam wallpaper. Tiada sebarang bayaran akan diberikan..hahahahaaa
Dah lame aku tak online, mesti korang rindu kat aku kan..:-) Ok..kali ni aku nak share lagi album yang ada dalam hard disk aku. Kali ni kompilasi album Green Day pulak. Korang layan la yer..:P






Link download kat mediafire di sini..
Sebelum ni aku dah post pasal album terbaru band Muse. So, kali ni aku nak share ngan korang pasal koleksi album Muse ni.. Setakat ni, aku cuma tau Muse ada 5 album dan yang terbaru Resistance. Aku tak nak cerita panjang-panjang, aku bagi je link download kat korang. pandai-pandai la korang sedut ye..:-)







Showbiz [1999]
Origin of Symmetry [2001]
Absolution [2003]
Black Holes and Revelations [2006]
Resistance [2009]
Salam semua.. Dah lame aku tak update blog. Sorry yer kawan-kawan. Keadaan tak mengizinkan aku nak update blog aku ni sebab streamyx slow je 2,3 hari ni..huhu

Ok.. Kali ni aku nak share koleksi album yang ade dalam laptop aku ni. Kalau korang nak tau, aku ada banyak koleksi lagu Inggeris antaranya album Muse. Kali ni aku nak share album mereka yang paling latest, Resistance yang dihasilkan hujung tahun 2009. Masih awal lagi kan untuk share album ni kat korang kan?? :-)





Korang sedut la kat sini yer..:-)
Strok..
Korang mesti pernah dengar pasal penyakit strok ni kan. Aku bukan la tau sangat pun pasal penyakit ni. Tapi kenapa tetiba je aku nak ambil kisah pasal penyakit ni.. Mesti korang nak tau kan.. Minggu lepas (8/1/2010 kalau tak silap aku la) mak aku telefon aku bagitau yang atok aku kena strok. Aku jadi hairan bercampur terkejut jugak la sebab tak pernah pun dalam sejarah keluarga aku ni ada penyakit macam tu.. Mak aku cakap dia sedih sangat tengok keadaan atok aku pada masa tu (muka yang melulut jatuh).. Aku cuma dapat mendengar je la luahan hati mak aku tu sebab aku ada kat kolej tak boleh nak balik untuk lihat keadaan atok aku tu.. Harap korang doakan la kesihatan atok aku tu.. Jadi, aku cuba nak kongsi info pasal penyakit strok ni supaya korang tak jadi seperti aku yang tak tau ape pun pada awalnye..huhuh


Apa itu strok??



Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.


*Info diatas aku dapat dari web NASAM. So, untuk info selebihnya, korang boleh la ke website tersebut



KHAZman.. Siapa sebenarnya Khazman ni? Apa ada dengan nama Khazman ni? Wujud ke nama seperti Khazman ni? Ramai kawan-kawan aku yang suka tanya soalan camni.. Aku rasa dah berbuih mulut aku ni nak jawab soalan yang sama ni. So, terus terang aku nak bagitau kat korang semua yang Khazman ni bukan nama sebenar tapi singkatan pada nama penuh aku je. OK kita straight to da point. KHAZ adalah singkatan untuk namaku iaitu KH untuk Khairul & AZ untuk Azhar. MaN adalah singkatan untuk nama kedua-dua ibu & ayah aku iaitu Ma untuk Mazlan & N untuk Noraini. Faham tak?? Kalau korang faham, bagus la. Tak perlu aku nak explain lebih-lebih.

p/s : Mesti korang fikir aku ni anak yang baik disebabkan KHAZman ni kan?? ('',)
Salam..
Dah lama aku tak updated blog ni. Lebih kurang seminggu jugak la (ye ke??).. Aku sebenarnya bengang dengan connection internet kat rumah sewa aku ni. Ada ke patut connection terputus setiap 2 minit?? :-(
Nak buat macam mana lagi, aku hanya mampu menunggu je la connection tu datang balik. Kalau ikutkan hati ni, dh lama aku campak je router kat sebelah aku ni. Tapi tak boleh la nak buat camtu nanti aku pulak yang rugi..huhu



Ramai yang ada blog (kalau ada la..hehe) tapi tak tahu sebab kenapa dia berblog. Ada yang cuba nak tiru hasil daripada blog lain yang mana cuba nak jadi hebat macam pro walaupun masih bergelar newbie (jangan tiru yer :D). Ada juga yang sahut cabaran kawan-kawan supaya hasilkan blog tapi akhirnya blog tu dibiarkan terkapai-kapai je..:-)

Berdasarkan Majalah PC keluaran Februari 2008, ada 10 sebab utama untuk berblog. Tapi aku cuma senaraikan 5 sebab je yang aku rasa paling munasabah untuk kita berblog. So, layan je la..:-)


1) Minat
-Anda ada bakat dan minat yang tersendiri seperti melukis, mendengar lagu, download movie, atau sebagainya, kenapa tak dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Tulislah diblog anda setiap hari atau bila-bila masa sahaja yang anda mahu. Blog merupakan ruang yang paling ideal untuk anda berkongsi minat tersebut dengan orang lain..:-)

2) Ekonomi
-Ni sebab yang paling best bagi aku. Kata orang, blog dapat tolong kita cari duit dengan senang. Betol ke? Yup. Bagi aku, blog memang jalan pintas bagi student seperti aku ni nak tambah duit semasa belajar..:-) Tapi berhati-hati kerana ramai yang kecewa tetapi ramai juga yang berjaya. So, kenapa takut nk cuba. Bukannya banyak sangat modal nak kena keluarkan..Betul x ?? Hehe

3) Diari
-Kadang-kadang hidup kita ni penuh dengan kehidupan yang indah-indah. Kita mungkin boleh mengingati hal-hal yang berlaku hari ini dan semalam, namun hal yang lepas-lepas boleh ke? Blog boleh mainkan peranannya sebagai diari digital anda dengan merakam saat-saat indah tersebut.

4) Kenalan
-Kita sering terfikir nak cari kawan sekolah lama kite dulu tapi tak tau bagaimana nak mula. Kadang kala kita mengunakan 'search engine' untuk mencari mereka. Tapi adakah cara tersebut relevan? Hasil yang diperoleh pun tak menepati apa yang kita nak kan. Melalui blog, kita boleh mencari mereka dengan menghasilkan blog mengenai sekolah lama kita. Dengan itu mudah untuk mereka mencari blog sekolah tersebut di 'search engine'. Selain itu, kits boleh dapatkan maklumat kawan kita melalui blog mereka. Kenalan juga akan bertambah melalui pautan atau pos kita yang dilihat oleh orang lain. Maka rantaian kawan kita takkan putus. Hebat kan? ('',)

5) Ilmu
-Banyak ilmu dalam dunia ni yang belum kita tau. Jadi apa salahnya kalau kita kongsi apa yang kita tahu pada rakan blog kita yang lain. Contohnya, sekarang ni anda sedang baca info yang saya kongsi ni. Logik tak??



Jadi, apa tunggu lagi. Start blogging now..:-)


Salam semua..Kalau korang nak tau, ni la kali pertama aku cube nak hasilkan blog yang berunsurkan mesra pengguna & juga kali pertama aku hasilkan blog seperti ini. Sebelum ni, aku cuma belajar daripada bloggers yang lain yang lebih pakar dari aku ni. So, kalau ada @ wujudnya sebarang kekurangan mengenai blog ni, harap korang semua dapat la bagi sikit tunjuk ajar untuk newbie macam aku ni yer..:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My Photo
DUNHILL = Dunia Umpama Neraka, Hidup Ibarat Layang Layang. Segala kandungan blog ini adalah hak milik dan hasil nurkilan Man sendiri. Segala sumber lain akan dinyatakan sebaliknya. TQ :)
Tengok je ke? :)