5 Sebab Untuk Berblog
Ramai yang ada blog (kalau ada la..hehe) tapi tak tahu sebab kenapa dia berblog. Ada yang cuba nak tiru hasil daripada blog lain yang mana cuba nak jadi hebat macam pro walaupun masih bergelar newbie (jangan tiru yer :D). Ada juga yang sahut cabaran kawan-kawan supaya hasilkan blog tapi akhirnya blog tu dibiarkan terkapai-kapai je..:-)
Berdasarkan Majalah PC keluaran Februari 2008, ada 10 sebab utama untuk berblog. Tapi aku cuma senaraikan 5 sebab je yang aku rasa paling munasabah untuk kita berblog. So, layan je la..:-)
1) Minat
-Anda ada bakat dan minat yang tersendiri seperti melukis, mendengar lagu, download movie, atau sebagainya, kenapa tak dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Tulislah diblog anda setiap hari atau bila-bila masa sahaja yang anda mahu. Blog merupakan ruang yang paling ideal untuk anda berkongsi minat tersebut dengan orang lain..:-)
2) Ekonomi
-Ni sebab yang paling best bagi aku. Kata orang, blog dapat tolong kita cari duit dengan senang. Betol ke? Yup. Bagi aku, blog memang jalan pintas bagi student seperti aku ni nak tambah duit semasa belajar..:-) Tapi berhati-hati kerana ramai yang kecewa tetapi ramai juga yang berjaya. So, kenapa takut nk cuba. Bukannya banyak sangat modal nak kena keluarkan..Betul x ?? Hehe
3) Diari
-Kadang-kadang hidup kita ni penuh dengan kehidupan yang indah-indah. Kita mungkin boleh mengingati hal-hal yang berlaku hari ini dan semalam, namun hal yang lepas-lepas boleh ke? Blog boleh mainkan peranannya sebagai diari digital anda dengan merakam saat-saat indah tersebut.
4) Kenalan
-Kita sering terfikir nak cari kawan sekolah lama kite dulu tapi tak tau bagaimana nak mula. Kadang kala kita mengunakan 'search engine' untuk mencari mereka. Tapi adakah cara tersebut relevan? Hasil yang diperoleh pun tak menepati apa yang kita nak kan. Melalui blog, kita boleh mencari mereka dengan menghasilkan blog mengenai sekolah lama kita. Dengan itu mudah untuk mereka mencari blog sekolah tersebut di 'search engine'. Selain itu, kits boleh dapatkan maklumat kawan kita melalui blog mereka. Kenalan juga akan bertambah melalui pautan atau pos kita yang dilihat oleh orang lain. Maka rantaian kawan kita takkan putus. Hebat kan? ('',)
5) Ilmu
-Banyak ilmu dalam dunia ni yang belum kita tau. Jadi apa salahnya kalau kita kongsi apa yang kita tahu pada rakan blog kita yang lain. Contohnya, sekarang ni anda sedang baca info yang saya kongsi ni. Logik tak??
Jadi, apa tunggu lagi. Start blogging now..:-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment