Strok dan Atokku

Strok..
Korang mesti pernah dengar pasal penyakit strok ni kan. Aku bukan la tau sangat pun pasal penyakit ni. Tapi kenapa tetiba je aku nak ambil kisah pasal penyakit ni.. Mesti korang nak tau kan.. Minggu lepas (8/1/2010 kalau tak silap aku la) mak aku telefon aku bagitau yang atok aku kena strok. Aku jadi hairan bercampur terkejut jugak la sebab tak pernah pun dalam sejarah keluarga aku ni ada penyakit macam tu.. Mak aku cakap dia sedih sangat tengok keadaan atok aku pada masa tu (muka yang melulut jatuh).. Aku cuma dapat mendengar je la luahan hati mak aku tu sebab aku ada kat kolej tak boleh nak balik untuk lihat keadaan atok aku tu.. Harap korang doakan la kesihatan atok aku tu.. Jadi, aku cuba nak kongsi info pasal penyakit strok ni supaya korang tak jadi seperti aku yang tak tau ape pun pada awalnye..huhuh


Apa itu strok??



Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.


*Info diatas aku dapat dari web NASAM. So, untuk info selebihnya, korang boleh la ke website tersebut

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My Photo
DUNHILL = Dunia Umpama Neraka, Hidup Ibarat Layang Layang. Segala kandungan blog ini adalah hak milik dan hasil nurkilan Man sendiri. Segala sumber lain akan dinyatakan sebaliknya. TQ :)
Tengok je ke? :)