Salam semua.. Dah lame aku tak update blog. Sorry yer kawan-kawan. Keadaan tak mengizinkan aku nak update blog aku ni sebab streamyx slow je 2,3 hari ni..huhu

Ok.. Kali ni aku nak share koleksi album yang ade dalam laptop aku ni. Kalau korang nak tau, aku ada banyak koleksi lagu Inggeris antaranya album Muse. Kali ni aku nak share album mereka yang paling latest, Resistance yang dihasilkan hujung tahun 2009. Masih awal lagi kan untuk share album ni kat korang kan?? :-)





Korang sedut la kat sini yer..:-)
Strok..
Korang mesti pernah dengar pasal penyakit strok ni kan. Aku bukan la tau sangat pun pasal penyakit ni. Tapi kenapa tetiba je aku nak ambil kisah pasal penyakit ni.. Mesti korang nak tau kan.. Minggu lepas (8/1/2010 kalau tak silap aku la) mak aku telefon aku bagitau yang atok aku kena strok. Aku jadi hairan bercampur terkejut jugak la sebab tak pernah pun dalam sejarah keluarga aku ni ada penyakit macam tu.. Mak aku cakap dia sedih sangat tengok keadaan atok aku pada masa tu (muka yang melulut jatuh).. Aku cuma dapat mendengar je la luahan hati mak aku tu sebab aku ada kat kolej tak boleh nak balik untuk lihat keadaan atok aku tu.. Harap korang doakan la kesihatan atok aku tu.. Jadi, aku cuba nak kongsi info pasal penyakit strok ni supaya korang tak jadi seperti aku yang tak tau ape pun pada awalnye..huhuh


Apa itu strok??



Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.


*Info diatas aku dapat dari web NASAM. So, untuk info selebihnya, korang boleh la ke website tersebut



KHAZman.. Siapa sebenarnya Khazman ni? Apa ada dengan nama Khazman ni? Wujud ke nama seperti Khazman ni? Ramai kawan-kawan aku yang suka tanya soalan camni.. Aku rasa dah berbuih mulut aku ni nak jawab soalan yang sama ni. So, terus terang aku nak bagitau kat korang semua yang Khazman ni bukan nama sebenar tapi singkatan pada nama penuh aku je. OK kita straight to da point. KHAZ adalah singkatan untuk namaku iaitu KH untuk Khairul & AZ untuk Azhar. MaN adalah singkatan untuk nama kedua-dua ibu & ayah aku iaitu Ma untuk Mazlan & N untuk Noraini. Faham tak?? Kalau korang faham, bagus la. Tak perlu aku nak explain lebih-lebih.

p/s : Mesti korang fikir aku ni anak yang baik disebabkan KHAZman ni kan?? ('',)
Salam..
Dah lama aku tak updated blog ni. Lebih kurang seminggu jugak la (ye ke??).. Aku sebenarnya bengang dengan connection internet kat rumah sewa aku ni. Ada ke patut connection terputus setiap 2 minit?? :-(
Nak buat macam mana lagi, aku hanya mampu menunggu je la connection tu datang balik. Kalau ikutkan hati ni, dh lama aku campak je router kat sebelah aku ni. Tapi tak boleh la nak buat camtu nanti aku pulak yang rugi..huhu



Ramai yang ada blog (kalau ada la..hehe) tapi tak tahu sebab kenapa dia berblog. Ada yang cuba nak tiru hasil daripada blog lain yang mana cuba nak jadi hebat macam pro walaupun masih bergelar newbie (jangan tiru yer :D). Ada juga yang sahut cabaran kawan-kawan supaya hasilkan blog tapi akhirnya blog tu dibiarkan terkapai-kapai je..:-)

Berdasarkan Majalah PC keluaran Februari 2008, ada 10 sebab utama untuk berblog. Tapi aku cuma senaraikan 5 sebab je yang aku rasa paling munasabah untuk kita berblog. So, layan je la..:-)


1) Minat
-Anda ada bakat dan minat yang tersendiri seperti melukis, mendengar lagu, download movie, atau sebagainya, kenapa tak dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Tulislah diblog anda setiap hari atau bila-bila masa sahaja yang anda mahu. Blog merupakan ruang yang paling ideal untuk anda berkongsi minat tersebut dengan orang lain..:-)

2) Ekonomi
-Ni sebab yang paling best bagi aku. Kata orang, blog dapat tolong kita cari duit dengan senang. Betol ke? Yup. Bagi aku, blog memang jalan pintas bagi student seperti aku ni nak tambah duit semasa belajar..:-) Tapi berhati-hati kerana ramai yang kecewa tetapi ramai juga yang berjaya. So, kenapa takut nk cuba. Bukannya banyak sangat modal nak kena keluarkan..Betul x ?? Hehe

3) Diari
-Kadang-kadang hidup kita ni penuh dengan kehidupan yang indah-indah. Kita mungkin boleh mengingati hal-hal yang berlaku hari ini dan semalam, namun hal yang lepas-lepas boleh ke? Blog boleh mainkan peranannya sebagai diari digital anda dengan merakam saat-saat indah tersebut.

4) Kenalan
-Kita sering terfikir nak cari kawan sekolah lama kite dulu tapi tak tau bagaimana nak mula. Kadang kala kita mengunakan 'search engine' untuk mencari mereka. Tapi adakah cara tersebut relevan? Hasil yang diperoleh pun tak menepati apa yang kita nak kan. Melalui blog, kita boleh mencari mereka dengan menghasilkan blog mengenai sekolah lama kita. Dengan itu mudah untuk mereka mencari blog sekolah tersebut di 'search engine'. Selain itu, kits boleh dapatkan maklumat kawan kita melalui blog mereka. Kenalan juga akan bertambah melalui pautan atau pos kita yang dilihat oleh orang lain. Maka rantaian kawan kita takkan putus. Hebat kan? ('',)

5) Ilmu
-Banyak ilmu dalam dunia ni yang belum kita tau. Jadi apa salahnya kalau kita kongsi apa yang kita tahu pada rakan blog kita yang lain. Contohnya, sekarang ni anda sedang baca info yang saya kongsi ni. Logik tak??



Jadi, apa tunggu lagi. Start blogging now..:-)


Salam semua..Kalau korang nak tau, ni la kali pertama aku cube nak hasilkan blog yang berunsurkan mesra pengguna & juga kali pertama aku hasilkan blog seperti ini. Sebelum ni, aku cuma belajar daripada bloggers yang lain yang lebih pakar dari aku ni. So, kalau ada @ wujudnya sebarang kekurangan mengenai blog ni, harap korang semua dapat la bagi sikit tunjuk ajar untuk newbie macam aku ni yer..:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My Photo
DUNHILL = Dunia Umpama Neraka, Hidup Ibarat Layang Layang. Segala kandungan blog ini adalah hak milik dan hasil nurkilan Man sendiri. Segala sumber lain akan dinyatakan sebaliknya. TQ :)
Tengok je ke? :)