Senarai Hobi Yang Boleh Menjana Pendapatan


Hobi boleh ditafsirkan sebagai aktiviti yang dilakukan oleh seseorang ketika dimasa lapang. Sesetengah hobi yang dilakukan memerlukan modal bagi mendapatkan kepuasan yang maksima. Walau bagaimanapun, ada sesetengah hobi yang boleh memberikan anda pulangan yang lumayan (sekiranya dilakukan dengan betul). 

Berikut adalah senarai hobi yang boleh membantu anda menjana pendapatan ketika waktu lapang Smile 

Melukis: Nak jadikan melukis sebagai hobi tak semestinya korang kena pandai melukis & perlukan bakat terpendam. Mulakan melukis dengan lukisan yang senang & simple dan cuba jualnya dijalanan. Fakta mengatakan artis jalanan lebih terserlah untuk menyalurkan bakat yang mereka ada dijalanan. Anda juga boleh menjualnya di mudah.my atau eBay atau lain2 website. Modal permulaan mungkin lebih murah berbanding lain-lain hobi yang ada.  

Jurugambar: Trend bergambar semakin popular sekarang ini. Ramai yang mengambil peluang keemasan ini untuk menunjukkan bakat mereka menjadi jurugambar. Anda mungkin memerlukan set kamera yang mahal untuk hobi ini dan bakat untuk mengubahsuai gambar yang diambil. Menjual gambar secara online semakin diminati ramai sekarang. Rebutlah peluang ini. 

Kumpul Barang Lama: Man suka kumpul setem diwaktu sekolah dulu-dulu. Tapi sekarang koleksi setem tu dah hilang tak tahu hilang entah ke mana. Kalau ada lagi, mungkin setem yang ada tu boleh dijual. Bukan setakat setem sahaja, lain-lain barang pun boleh dikumpul. Duit lama, barang lama & lain-lain barang lagi yang dirasakan mempunyai nilai boleh dijadikan koleksi. Korang hanya perlu mencari saluran yang betul untuk menjualnya.

Berkebun: Biasanya berkebun dilakukan oleh orang-orang tua di laman rumah. Tak salah kalau hendak mencuba. Tak perlu menanam tumbuhan yang besar-besar, cukuplah sekadar menanam anak-anak pokok seperti pokok bunga atau sayur-sayuran. Selain boleh dijual, ia juga boleh mengindahkan laman rumah anda.

Menternak Haiwan: Kalau anda sukakan haiwan, boleh cuba untuk jadi seorang penternak. Cubalah bela haiwan yang cepat membiak seperti arnab dan ayam untuk dapatkan hasil yang cepat. Ambil sedikit ruang di laman rumah anda untuk memelihara haiwan tersebut. Ayam senang untuk dipelihara. Tak perlukan ruang yang besar & lebihan makanan dirumah anda boleh dijadikan makanan untuk ayam anda itu. 

Menjahit: Ini merupakan hobi yang popular dikalangan suri rumahtangga dizaman sekarang. Tak memerlukan modal yang besar tapi memerlukan kesabaran yang tinggi dan tentunya asas-asas menjahit. Hobi ini semestinya boleh memberikan pendapatan sampingan kepada anda. Apa lagi, cubalah sekarang Smile

p/s: Apa yang perlu diketengahkan disini adalah perasaan seronok & teruja ketika melakukan hobi tersebut. Boleh buat duit atau tak, hobi tersebut tetap boleh berikan keseronokan & kepuasan pada individu tersendiri.

2 comments:

  1. Banyak hobi yang boleh mendatangkan duit. Tapi sebelum kita fikirkan pasal duit, minat tu yang lebih utama.

    Hobi bermaksud, sesuatu yang kita lakukan dimasa lapang kerana minat atau keseronokan. Disini, takrifan hobi itu langsung tidak menyebut pasal duit.

    Tapi jika hobi itu boleh mendatangkan duit, maka ia merupakan satu kelebihan.

    ReplyDelete
  2. Info yang bagus. Terima kasih sebab kongsi. Man sokong sangat kenyataan bro WangsaBlogger tu. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My Photo
DUNHILL = Dunia Umpama Neraka, Hidup Ibarat Layang Layang. Segala kandungan blog ini adalah hak milik dan hasil nurkilan Man sendiri. Segala sumber lain akan dinyatakan sebaliknya. TQ :)
Tengok je ke? :)