Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuatkuasa Mulai Esok – 1 Jun 2012. Akta @ Auta?

Nah ambik la korang.. Habis la profession korang sebagai blogger berjaya kt dunia ni..wakaka Gomen kite dah keluarkan akta @ fatwa @ auta baru untuk golongan2 pengguna internet tegar macam korang kat dunia ni. Baca la petikan entri kat bawah ni..

 

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.
Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.
Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
  1. Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut. 
  2. Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya. 
  3. Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.  
  4. Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  5. Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
  6. Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
 Sumber artikel & gambar: Amanz

Habis la korang. Lepas ni tak boleh lagi komen yang mengarut-ngarut kt mane2 tempat pun. Kalau tak, nanti owner page @ blog tu yang kena. Korang jangan nak memandai-mandai kenakan orang pula yer. Nanti korang pulak yang terkono..LOLZ

p/s: Ni Man nak pesan ni.. Semolek-moleknya, korang tukar la setting kat comment moderation tu macam gambar bawah ni.

Klik Sini Untuk Ketahui Cara Untuk Bypass adf.ly

13 comments:

  1. wah... melampau la klu camtu... x leh kasi sape2 pinjam laptop ngn ternet pasni...

    http://5zol-saidsomething.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. sabo jer la yer bro.. rasanya tak lama akta macm ni..kekeke

    ReplyDelete
  3. takut jadi mangsa keadaan saje nanti

    ReplyDelete
  4. hm... kita sbg pengguna kena betul2 faham... mengapa kita berblog, meninggalkan komen dan lain2... selagi ia tidak mengundang sesuatu yang negatif sudah la... yang penting kena tahu etika menggunakan internet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu kak..niat utk menyampaikan info pada semua.. jangan fikir nak spam je kejenye..hehe

      Delete
  5. tau takpe..kena adjust balik la comment setting.. kena approve dulu baru boleh visible kat blog :)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. hehe tau takpe..jaga sikit ayat tu kalau nk komen (^_^)

      Delete
  7. Replies
    1. betol2.. Man sk pe yg bro ckp tu.. Ape guna buat peraturan kalau takde yang langgar :p

      Delete
  8. bro
    aku share info ni k
    biar viral satu Malaysia

    last2 mesti tak jadik pun hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ok2..share je la..biar viral bg org tahu.. tapi xde la sampai x jadik pulak akta ni.. kene tengok dulu la progress die camne.. mesti la ade pros and cons die kan ^-^

      Delete
  9. bagus la bila dikuatkuasakan akta macam ni, ada kesedaran sivik sikit kepada blogger yang mulut lazer. hihihi sokong!!

    kepada yang lain, kena lah berhati-hati lepas ni. takut pun ade ni. kuikui

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My Photo
DUNHILL = Dunia Umpama Neraka, Hidup Ibarat Layang Layang. Segala kandungan blog ini adalah hak milik dan hasil nurkilan Man sendiri. Segala sumber lain akan dinyatakan sebaliknya. TQ :)
Tengok je ke? :)